Dialog Rakyat : Abas dan Bangladesh
Abas
melihat lampu amaran paras minyak pada skrin keretanya sudah bernyala. Dia
perlu singgah ke petrol pam berdekatan untuk mengisi minyak buat meneruskan
perjalanannya. Abas berhenti di sebuah petrol pam di bawah naungan syarikat
gergasi dari negara Belanda. Seorang pekerja Bangladesh sudah bersiap siaga
untuk memberikan servis kepada Abas. Pekerja itu bernama Brahmen berdasarkan name tag yang dipakainya.
Brahmen memakai t-shirt berwarna merah-kuning seperti bendera
negeri Selangor dan berlogokan cengkerang siput. Dia memasukkan bajunya ke dalam
seluar slack berwarna hitam dan
dipadankan dengan sepasang sepatu kulit yang sudah kusam warnanya. Namun,
Brahmen tetap tersenyum mesra menyambut pelanggan tiba. Tiada riak ketat pada
wajahnya atau masam mencuka seperti seorang yang tertekan. Dia kelihatan
gembira dengan tugasnya di stesen minyak itu. Abas keluar dari keretanya dan
disambut oleh Brahmen.
Brahmen : Berapa ringgit, incik?
Abas :
Hah, kasi penuhlah baiya.
Brahmen : Baik incik. Mau kuning punya ka
hijau punya?
Abas : Kuning sudahlah baiya, pakai
minyak mahal pun tak boleh laju juga.
Brahmen : Apa pasal tara boleh laju? Ini hijau
punya minyak banyak bagus, bukan?
Abas : Iya, memang bagus baiya, tapi
kalau saya bawa laju nanti kena saman. Faham?
Brahmen
: Ooo.. itu macam ka incik? Saya tara
tau juga, bicycle juga kayuh pergi
kerja.
Abas : You sudah berapa tahun kerja ini Malaysia, baiya?
Brahmen
: Sudah lima tahun, incik. (
sambil menunjukkan isyarat lima jari )
Abas : Lama juga laa… tak mau balik
Bangladesh dah ke?
Brahmen : Sudah balik incik. Duduk sana
sikijap datang balik sini.
Abas : Kenapa datang balik? Sana kerja
takde ke?
Brahmen : Ada incik, tapi gaji kicik juga. Lagi
sini kerja gaji banyak, OT banyak.
Abas
: You sudah lama kerja Malaysia pun masih pelat lah baiya.
Brahmen
: Tapi incik paham juga kan?
Abas :
Memangla faham, tapi you kena
hilangkan pelat lah kalau sudah lama kerja. Kena belajar Bahasa Malaysia yang
betul.
Brahmen :
Takpa, incik. Nanti you juga kena
belajar bahasa Bangladesh.
Abas :
Eh, kenapa aku pula kena belajar bahasa Bangladesh.
Brahmen : Iyalah incik, nanti lagi sikit tahun
saya punya orang kampung lagi 1.5 juta mau datang sini Malaysia juga. Itu menteri
sudah kasi tau. Kita semua kerja kuat-kuat, buat OT banyak-banyak, kongsi duit semua, boleh beli ini Malaysia
lah incik!
Pulp! Bunyi nozel ditendang tanda
minyak yang diisi ke dalam tangki kereta sudah berada pada paras penuh. Brahmen
menarik keluar nozel berwarna kuning tersebut dan meletakkannya kembali pada
tempat diambil. Abas menghulurkan sekeping not seratus ringgit dan Brahmen
mengembalikan baki sebanyak dua puluh lima ringgit. Abas menghidupkan enjin
keretanya dan terus memecut laju ke destinasi yang dituju. Hatinya berontak, “Ah,
pergi mamposlah kena saman speed trap pun!“
No comments:
Post a Comment